SELAMAT DATANG KE BLOG SK LEMBAH KLAU
Blog ini dibina untuk memudahkan pihak-pihak tertentu untuk
mengenali serta mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan sekolah
ini.
Sejarah
SKLK
Sekolah
Kebangsaan LKTP Lembah Klau, 27630 Raub mula dibina pada awal tahun 1966
bersesuaian dengan kemasukan pertama peneroka pada pertengahan tahun 1965.
Sekolah ini mula-mula dibuka dan menerima pendaftaran muridnya pada 10 Mei 1966.
Seramai 159 orang murid telah memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun
berkenaan. Kemasukan murid ke sekolah ini meliputi sebahagian besarnya adalah
dari kalangan anak-anak peneroka rancangan ini iaitu sebanyak 97.5% dan
selebihnya adalah anak-anak kakitangan Felda serta lain-lain jabatan kerajaan
seperti guru dan polis.
Walaubagaimanapun, sekolah ini turut menerima murid-murid dari
Kampung Sungai Chalit dan Rancangan Tanah Pemuda Felda Lembah Klau. Awal
penubuhan sekolah ini hanya terdapat 3 orang guru yang ditugaskan mengajar iaitu
En Mohd Nazam bin Hj Ismail sebagai Guru Besar, En Baharuddin bin Hj Abu Bakar
dan Cik Jamaiah bt Shaharum sebagai Guru Penolong Kanan.
Sekolah
Kebangsaan LKTP Lembah Klau telah dirasmikan oleh Sultan Pahang Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ahmad Shah pada 2 Jun 1975. Pelbagai kemudahan asas disediakan oleh
kerajaan untuk sekolah ini, antaranya ialah bekalan elektrik dan air paip serta
3 bangunan 1 tingkat, 1 bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, sebuah tandas murid,8
buah kediaman guru, dan padang permainan. Pada awal 1991,pihak sekolah dengan
kerjasama peneroka dan lain-lain dermawan telah menderma untuk pembinaan Pusat
Islam Sekolah.
dah lama tak melawat sekolah rasa macam rindu pulak nk gi sekolah tu
BalasPadamrindu jugak kat cikgu -cikgu.