SEJARAH SEKOLAH


Sejarah SKLK

Sekolah Kebangsaan LKTP Lembah Klau, 27630 Raub mula dibina pada awal tahun 1966 bersesuaian dengan kemasukan pertama peneroka pada pertengahan tahun 1965. Sekolah ini mula-mula dibuka dan menerima pendaftaran muridnya pada 10 Mei 1966. Seramai 159 orang murid telah memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun berkenaan. Kemasukan murid ke sekolah ini meliputi sebahagian besarnya adalah dari kalangan anak-anak peneroka rancangan ini iaitu sebanyak 97.5% dan selebihnya adalah anak-anak kakitangan Felda serta lain-lain jabatan kerajaan seperti guru dan polis.

Walaubagaimanapun, sekolah ini turut menerima murid-murid dari Kampung Sungai Chalit dan Rancangan Tanah Pemuda Felda Lembah Klau. Awal penubuhan sekolah ini hanya terdapat 3 orang guru yang ditugaskan mengajar iaitu En Mohd Nazam bin Hj Ismail sebagai Guru Besar, En Baharuddin bin Hj Abu Bakar dan Cik Jamaiah bt Shaharum sebagai Guru Penolong Kanan.

Sekolah Kebangsaan LKTP Lembah Klau telah dirasmikan oleh Sultan Pahang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah pada 2 Jun 1975. Pelbagai kemudahan asas disediakan oleh kerajaan untuk sekolah ini, antaranya ialah bekalan elektrik dan air paip serta 3 bangunan 1 tingkat, 1 bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, sebuah tandas murid,8 buah kediaman guru, dan padang permainan. Pada awal 1991,pihak sekolah dengan kerjasama peneroka dan lain-lain dermawan telah menderma untuk pembinaan Pusat Islam Sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan